Selasa, 19 Januari 2010

KALONG EDISI NOVEMBER 1987




















Sidang pengarang
1. Penasihat- Hj. Zainuddin Jumaat
2. Ketua Pengarang- Masli N.O
3. Penolong Pengarang- Abdul Rafar b. Mohamad
4. Pengarang- Zamani Ali, Zainal M. Ghazali, Rosli Osman, Rahim Ali, Rosli Sodarman dan Masri Silong
5. Pelukis- Osman Limat


Sedutan Kalong Edisi November 1987:

DARI KETUA PENGARANG

Selepas Hari (Keramat) Sastera

HARI (Keramat) Sastera telah pun berakhir. Yang tinggal dan kekal di dalam ingatan hanyalah cebis-cebis kenangan kesan dari pertemuan tersebut. Baik manis mahupun pahit, itulah hakikat dari sesuatu pertemuan ataupun perjumpaan, apalagi yang diberikan nama besar begitu.

Tetapi tugas kita sebagai penulis tidak bermakna telahpun selesai atau sempurna seperti mana berakhirnya Hari Keramat tersebut. Malah lebih jauh dari itu, selepas begitu banyak tenaga, masa dan harta benda dicurahkan untuk Hari Keramat tersebut, pastilah kita mengharapkan pula pulangan dalam bentuk lain iaitu karya yang baik dan lebih meningkat mutunya.

Lalu di sinilah cabaran besar yang harus dipenuhi oleh seluruh diri kita yang mengaku menjadi warga penulis di negeri Pahang Darul Makmur ini.

Waktu untuk kita bersembang-sembang terus sambil menghayati segala ingatan manis itu sudah selesai. Tugas kita sebagai penulis ialah menulis terus. Tanpa menulis kita bukanlah seorang penulis.

Tetapi menulis semata-mata kerana mahu menulis tanpa terlebih dahulu memperbetulkan niat tentulah tidak akan membawa kita kemana-mana, kecuali kita hanya akan jadi Tukang-Tukang Sembang atau Tukang-Tukang Siul- yang merdu sekali menjadi halwa telinga tetapi kosong isi dan maknanya.

Dan untuk tidak menjadi sekadar seorang Tukang-Tukang Sembang atau Siul, tentulah kita terpaksa berjalan jauh. Dan jalan jauh itu tidak mungkin dipendekkan hanya dengan suatu Hari Keramat. Malah meski seribu pun Hari Keramat bakal ada, itupun belum tentu menjanjikan apa-apa jika diri kita yang mengaku penulis tidak sungguh-sungguh mahu memperbaiki diri!!!!!!!!!!!

7 November 1987


Kalong

Buletin DPMP Kawasan Kuantan

Mula diterbitkan pada Jan 1976
Anggota redaksi
1.Yaakub Yunus
2.Saedon Ibrahim
3.A. Kahar Ismail@aki
4.Maimunah Abas
5.Ahmad Abdullah (pelukis)

SELAMAT TAHUN BARU

Ketua 1, Dato' Hj Zainuddin b. Jumaat dan ahli jawatankuasa DPMP kawasan Kuantan mengucapkan Selamat Tahun Baru

Rabu, 6 Januari 2010

LAPORAN PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI PATRIOTIK PIALA KETUA 1 DPMP 2009

Laporan.

Nama program : Pertandingan Deklamasi Puisi Patriotik Piala Ketua
1 DPMP 2009.

Pelaksanaan :
Tarikh : 12 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – peringkat saringan
8.30 malam – peringkat akhir
Tempat : Auditorium Taman Budaya Pahang,
Jalan Telok Sisek, Kuantan.

3. Penyertaan: 24 sekolah menengah dalam Negeri Pahang

4...Senarai Peserta :

1. Mohd.Shafiq b Abdullah - SBPI.Kuantan
2. Nur Atika bt Nasaruddin - SMK.Sultan Abu Bakar Kuantan
3. Ainul Sufina bt Nor Kasmadi – SBPI Kuantan
4. Nurul Ain Zati bt Mohd.Nasir – SMK. Sultan Abu Bakar Ktn
5. Muhamad Aiman Shukri b. Samsul Ismail – SBPI Kuantan
6. Nursha Azian Ng – SMK Tengku Afzan Kuantan
7. Ezzpa Norannis bt Mohamad Khairudin –SMK Sul.A.Bakar
8. Siti Zulaikha bt Mat Hassan- SBPI Kuantan
9. Siti Rahimah bt Mohamad Shafiee – SBPI Pekan
10.Abdul Qayyum b. Rujhan –SMK.Sultan Abu Bakar Kuantan
11.Muhammad Afnan b. Zahari – SMK Sultan Abu Bakar
12.Nur Shahirah bt Md.Nasir- SBPI Pekan
13. Mohamad Nasrullah b. Sulaiman –SMK.Paya Besar Kuantan
14.Mohamad Faris b. Mohamad Bahari- SBPI Kuantan
15. Nur Syaqirin bt Omar – SBPI Pekan
16.Syadia Hanan bt Md. Yusof- SBPI Kuantan
17. Wan Nur Zabirah bt Mohd Zaki- SBPI Kuantan
18. Azimi Firdaus b. A.Rafur – SMK Pandan Kuantan
19. Muhamad Faris b. Zaifol Bahrizan – SBPI Kuantan
20. Nurul Syaheerah bt Chee Hassan –SMK Pandan Kuantan
21. Mohd.Khairil Idham b. Safiuddan – SBPI Kuantan
22. Siti Nur bt Nordin – SMK Pandan Kuantan
23. Syed Ammar Mustaqim b. Syed Adnan- SBPI Kuantan
24. Nurul Amalina bt Rosji – SMK Pandan Kuantan
25. Noor Azizah bt Mohamed Nor- SMK Bukit Rangin
26. Mohd. Dzulfiqar b. Rasli – SBPI Kuantan
27. Mohd. Aidil b. Azhar- SMK Pandan Kuantan
28. Ros Shakinah bt Hashim- SBPI Pekan
29. Syawalinor Shafina bt Radyan – SMK Seri Pekan
30. Siti Fatehah bt Mohamad Mazni- SBPI Pekan

31. Muhd.Ansorullah b. Kamal Ariffin- SMKA Pahang Muadzam Shah
32. Nurul Nabila bt Mustaffa- SBPI Pekan
33. Mohd. Shamsul Amin b. Md.Yusof- SMKA Pahang Muadzam Shah
34. Nurhidayah bt Siru- SBPI Pekan
35. Nur Munirah bt Ab.Rahman- SMKA Pahang Muadzam
Shah
36. Noraniza bt Razak – SMK Seri Rompin
37. Siti Norain bt Ab. Hamid – SMKA Pahang Muadzam
Shah
38. Shazmie b. Mohammad Nadziri- SMK Abdul Rahman Talib Ktn
39. Muhammad Afiq Qiwamuddin b. Mustapha Shakri- SMART
40. Wang Wee Foong- SMK Alor Akar Kuantan
41. Wong Chun Han – SMK Alor Akar Kuantan
42. Ean Chin Teck- SMK Alor Akar Kuantan
43. Wong Tsu Yuin- SMK Alor Akar Kuantan
44. Nurul Ain Bt Mohamad Waris – SMK Alor Akar Kuantan
45. Nur Adrini Adlin bt Zulkafli – SMK Sg Isap Kuantan
46. Nur Afify bt Hasni - SMK Sg Isap Kuantan
47. Dewi Yuliana bt Darwin- SMK Tanah Putih Kuantan
48. Nur Farah Sahira bt Ramlee- SMK Sungai Lembing Kuantan
49. Rabiatul Adawiyah bt Shedi – SMK Sg Lembing Kuantan
50. Nor asyidah bt Roshidi – SMK Seberang Temerloh
51. Muhammad Amirul Syazwan b. Mohd. Rosli- SMK Seberang
Temerloh
52. Wan Nur Amanina bt Wan Omar – SMK Seberang Temerloh
53. Rizatu Ikwan b. Ramli – SMK Air Putih Kuantan
54. Sujane a/l Vallasamy Daver- SMK Air Putih Kuantan
55. Nur Najwa bt Rusli –SMK Sultan Abu Bakar Kuantan
56. Toh Ming Chun- SMK Air Putih Kuantan
57. Abid Adib Zakwan b. Mohd. Nazri- SMK Gudang Rasau
Kuantan
58. Maizatul Nurul Azwa bt Mohd. Zainudin- SMK Air
Putih Kuantan
59. Nur Farhana bt Ahmad- SMK Seri Rompin
60. Muhamad Hafizdzul b. Hamidun- SMK Inderapura
Jerantut
61. Nurismarina Hani bt Ahmad Tajuddin- SMS Sultan Hj Ahmad Shah
Pekan.
62. Liyana Hamizah bt Hambali- SMS Sultanh Hj Ahmad Shah Pekan
63. Yong Chi Sing – SMK Telok Chempedak Kuantan.
64. Mohd.Raziqin b. Rostam – SMK Telok Chempedak Kuantan
65.Syed Umar Satar b Syed Ahmad Kilap- SMK T.Chempedak Kuantan
66 Muzamil b. Musa -SMK Rompin
67. Nurulhuda bt Abdullah- SMK Rompin
68. Nurul Maratul Akma bt Mohd. Khaidzir – SMK Rompin.

Panel hakim :
a) Peringkat Saringan-
1. En Alhanif b. Hj Abu Bakar – Ketua
2. Tn Hj Mat Nordin b.Mat Salleh
3. En Azman @ Adnan A.Sani

b) Peringkat Akhir-
1. Che Mohd. Hashim b. Ismail – Ketua
2. Subari b. Ahmad @Arisel ba
3. Abdullah b. Karim @ A.k Hidayat

c) Pemenang diperingkat akhir ialah :

Pertama – Muhammad Hafizdzul b. Hamidun- SMK Inderapura
Jerantut
Kedua - Siti Norain bt Ab.Hamid – SMKA Pahang Muadzam
Shah

Ketiga - Yong Chi Sing – SMK Telok Chempedak Kuantan

Saguhati – Maizatul Nurul Azaw bt Mohd. Zainuddin
Nur Najwa bt Rosli
Nur Munirah bt Abd.Rahman
Norasyidah bt Roshidi
Abid Adib Zakwan b. Mohd. Nazri

6. Puisi-puisi wajib yang dipertandingkan ialah 8 buah ( seperti Lampiran 1)
Setitis Air- karya Joseph Selvam, Pada Tanah Yang Indah karya Goh Then
Chye, Perjuangan yang Belum Tamat karya Mohd.Nazri Sham, Zikir Bumi
karya Siti Zainon Ismail, Tiada Lagi karya Affrini Adham, Bahasa Kiata
Tanggungjawab Kita karya Moh Kasim Mahmud, Warga Watan karya Hanipah
Nokman dan Mari kita Jadi Pohon karya Abham TR

7. Kumpulan persembahan selingan pertandingan akhir :
( menyanyikan lagu-lagu puisi moden, tradisional dan kontemprari)

1. Pelajar SMK(P) Methodist Kuantan
Nur Irina Taib
Ketua Kumpulan/ pemain gitar/ drum
Angle Ang – keyboard
Ang Zhe Wei – seksafon
Nursuriati, Atikah dan Nadia – tabla/ gendang/ kemercing
Farahin – Trumpet

2. Penyanyi ialah :
Ilham Khatijah bt Mohd. Shaimy – SMK(P) Methodist
Mohd. Nabil Asyraf b. Rahmat – SMK Air Putih Kuantan

3….sukarelawan- Hafizah Manoharan- Politeknik/ tumbrin
Soraya Taib – Perth Aust. U- drum/gitar

8. Aturcara majlis – seperti di lampiran 2

9. Perbelanjaan :

a- hadiah pertandingan :
pertama RM 700.00
kedua RM 500.00
ketiga RM 300.00
5 saguhati RM 500.00 ( RM 100.00 setiap orang)
=RM2,000.00
b- saguhati hakim
i) 6 orang x @RM 300.00 =RM 1,800.00
6 kain pelikat x@ 25.00 =RM 150.00

c) sewa drum, gitar dan keyboard =RM 300.00

d) saguhati persembahan selingan pelajar =RM 600.00

e) makan pagi peserta dan guru pengiring =RM 250.00
( nasi lemak dan air mineral)

f) Belanja urusetia =RM 200.00

g)….Sijil untuk – 68 peserta, guru pengiring, = RM 150.00
hakim dan sekolah terlibat

h) sepanduk = RM 180.00

JUMLAH = RM 5,630.00
(RM Lima ribu enam ratus tiga puluh sahaja)




10. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Hj Zainuddin b. Hj Jumaat , Ketua 1 DPMP Kawasan Kuantan.

11. Kesimpulannya program amat berjaya kerana ruang kerusi penonton di Auditorium Taman Budaya Pahang penuh dengan pelajar SEMSAS, SBPI Kuantan, SMK Sultanah Hjh Kalsom, ibu bapa dan peminat puisi.

12. Rakaman terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang serta individu yang membantu program ini.

13. DPMP memohon jabatan atau agensi atau badan koperat agar membantu kewangan khususnya bagi menampung perbelanjaan yang dinyatakan di atas.

Sekian,

Hasnah bt Yusoff
Setiausaha.