Selasa, 7 April 2009

BERITA DPMP KAWASAN KUANTAN 2009

Mungkin agak terlewat saya mengisi bahan, tapi kata orang lebih baik terlewat dari terabai terus. Begitulah kerja Setiausaha, kalaua bertangguh, jawabnya terlupa. Pesan orang tua amat berfaedah- kerja beransur tak bertahan, kerja bertangguh tak menjadi. Baiklah.

1- Pada 21-3-2009 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Taman Budaya Pahang, Jalan Telok Sisek Kuantan berjalanlah Mesyuarat Agung DPMP Kawasan Kuantan bagi tahun kewangan yang berakhir 31.12.2008. Yang menggembirakan kata orang muda sekarang, ramai otai dpmp datang. Abang Nor (Muhamad Nor Ismail) menggelarkan rakan-rakannya yang lama sebagai Angkatan 60an DPMP Kawasan Kuantan. Termenung juga saya , apa maksud vateran dpmp ini. Lalu dia menunjukkan kepada Sijil Kebenaran (Peraturan 7(4)) Akta Pertubuhan 1966 yang saya sengaja lampirkan di muka depan Buku Mesyuarat Agung.
" Cuba Nah tengok, itu alamat abang Nor tu. Masa itu abang kerja dengan JPT".
Fahamlah saya, bekas Setiausaha DPMP Kawasan Kuantan yang mempunyai sedikit masa lapang tahun ini untuk bersama-sama hadir bermesyuarat mula bernostalgia.

Selain Y.Bhg Dato' Hj Zainuddin b. Jumaat( Ketua 1) yang paling lama menerajui DPMP Kawasan Kuantan, yang hadir termasuk Sdr. Dzulkifli b. Ismail, Kassim b. Syukri, Hj Alang Teh Ahmad, Baharudin CD, A.Rahim Ali, Azman@Adnan A.Sani, semuanya otai dpmp kawasan Kuantan yang suatu waktu dulu menubuhkan, membangun, menggerakkan dpmp Kawasan Kuantan. Mereka masing-masing tertanya-tanya ke manakah perginya Yaakub Yunus, Saedon Ibrahim dan Bung Hashim (Mohd. Hashim Zabidi) atau Kahar Ismail dan Cikgu Anuar Ismail atau Drs.Zainal Abidin Yaakub atau cik gu Yaakub Isa ( sekarang Dato')?. Secara sinis saya menjawab, " ada yang sudah merajuk betul dengan DPMP Kawasan Kuantan".

2. Mesyuarat Agung kali ini memilih AJK baru:
Ketua 1 - Y.bhg Dato' Hj Zainuddin b. Hj.Jumaat
Ketua 2 - Sdr. Baharudin CD
Setiausaha -Hasnah bt Yusoff
Bendahari - Saedah bt Md. Shariff
AJK - Muhamad Nor Ismail
Dzulkifli Ismail
Hj.Mat Nordin b. Md.Salleh
Azman @ Adnan A.Sani
Hj. Osman Limat
Hj Alang Ahmad b.Teh
Kassim b. Syukri
Pemeriksa Kira-Kira:
Ramali b Ngah
A.Rahim b. Ali

3. Usul penting mesyuarat agung kali ini:
- Kembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sekarang ke dalam
bahasa Melayu/ bahasa Kebangsaan.
- DPMP mendesak Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib bertegas mengenai penggunaan
bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara.
- DPMP mendesak MPK dan lain-lain pihak berkuasa tempatan dalam negeri Pahang
bertegas dalam penggunaan nama tempatan bagi kampung, taman perumahan baru, jalan
dan prasarana awam.
- DPMP Kawasan Kuantan meminta GAPENA menghadap semua Sultan dalam usaha
menegakkan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.

4. Perancangan tahun 2009
1- mengadakan pertandingan deklamasi puisi kanak-kanak
2- mengadakan pertandingan deklamasi puisi patriotik piala ketua 1 peringkat sekolah
menengah ( seperti tahun-tahun lalu)
3. mengadakan program dpmp masuk kampung/taman/ kelab belia
4- menerbitkan 'KALONG' dengan lebih kerap

Sekian ,
Setiausaha
HASNAH BT YUSOFF
(www.dpmpkuantan,blog.spot.com.my)

1 ulasan:

  1. Puan Hasnah,
    SU Dpmp Ktn, Assalam mualaikum...

    Saya agak terlewat menemukan semula blog ini. Syukur kerana puan telah meng-update-kannya semula dengan baik. Dengan adanya blog ini kita mungkin sama-sama dapat berinteruksi mengenai dpmp bukan saja kaw.Kuantan malah sejagat. Saya di Lipis menjadi ahli disini. Malangnya kaw, Lipis tidak aktif, saya tidak tau bagaimana untuk mendekati mereka secara formal.

    Saya berharap dpmp Lipis dapat bersaing dgn kawa.kaw. lain di Inderapura ini.

    Salam semua, terutama Sdr. shaimy.

    Hashim Zabidi.

    PS.
    Sdr. Saedon Hj.Ibrahim sekarang haji tinggal di Rembau NS. Dia tidak aktif dlam mana-mana NGO melainkan Masjid ditempatnya.

    BalasPadam